Followers

February 20, 2013

#2 SweetEscape : Vacayyyyy (Part 2)

Salam.

Okayy Day Two

Mereka memulakan hari dengan melihat sunrise. Since dah namanya Memang tak gi lah kan sunrise tu. Haha. So, lepas diorang tengok sunrise and few yang mandi air laut, we went to Island Hopping. No pictures time ni since tak bawak barang pun. Gambar ada pun dalam phone Suha since dia bawak phone. For this Island Hopping, kitorang dibawa ke 3 Pulau. Pulau Dayang Bunting, Pulau Harimau (lupa nama) dengan Pulau Beras Basah. Tak ingat berapa ringgit per person. Maybe 25 kot. Nanti Suha konfemkan. Pakej ni boleh ambik kat hotel tu terus. Senang. So ada orang dia yang ambik kita dekat hotel, bawak ke jetty. First stop was Pulau Dayang Bunting. Banyak betul monyet huhs. Naik tangga turun tangga barulah sampai ke Tasik dia. We were allowed to swim but lifejacket was not provided. Kalau nak kena sewa 5 ringgit satu. Since kitorang memang tak bawak terus duit, kami pinjam 10 ringgit daripada senior Part 8 tu yang kebetulan ada kat situ jugak. So berenang lah kami. Ada satu tragedi berlaku tapi Alhamdulillah selamat semua. Lepas pulau tu, kitorg pergi bagi makan burung helang. Well technically, abang boat yang bagi haha. After that, we went to Pulau Beras Basah. Kat situ dia mcm pantai so can swimming. Seronok! Around 12-1 kitorang dah sampai hotel balik.

Since ada 9 orang and dua toilet and we need to get ready in an hour andddd semua pun nak basuh rambut, memang cabaran terhebat. Kena susun strategi bebetul sapa mandi dulu sapa mandi kemudian. And we manage to finish the task on time! Fuh fuh. Lepas bersihkan diri, we went to Cable Car. okay this was my first time. Lepas beli ticket, mendakilah kami ke puncak cable car. Since jambatan tu tutup, kitorang macam agak bosan la kat atas. Time given for this activity was 3 hours. Tapi sejam setengah je kitorg kat situ, dah nak balik. Udara nyaman, sejuk sejuk ayam, hijau biru je nampakkk. So, lepas turun tu, kitorg plannya nak makan tomyam Wan Thai. Malangnya Wan Thai under pembaikpulih. So, kitorang pun pergi la beli beli cekelat area Wan Thai tu. We decided nak dinner area hotel je. So, makan dekat restoran apatahnama dekat dengan hotel kitorang. Bumped again into senior Part 8 ni. After makan, plannya nak jalan jalan sekitar hotel, tapi tetiba aku dengan Nana ternampak satu spa yang cambest. Nana try tanya, and dia ada pakej untuk full body Scrub, Mask and mandi bunga just for RM 100. Furusato Spa namanya. Very nice very lovely. Suka sangat! My first spa experience. Hehehe. Okayy later on balik hotel tidur.

The next day, our last day kat sana. So, kitorang packed up, checked out, then shoot ke Air Terjun. Ika, Suha dengan Hani je yang mandi. The rest berkelah makan nasi lemak tepi air terjun. Fuh best! Lepas habis terus ke Jetty untuk balik Kedah balik. Our journey tak habis lagi. Sambung ke rumah Nani dekat Alor Setar. Met up with her lovely, happy, kind family. Kitorang excited jakun jakun pergi sawah padi just behind Nani's house. Then, aku ambik chance untuk ambik ukuran baju nak order dengan kakak nani hehehehe. Later at night we had bbq. Sorry rakan rakan aku tak tolong membakar pun. Sebabnya malam tu i had to go to Johor untuk bercuti dengan Kak Jah pulak. Kemas kemas barang siap siap, makan, then ayah nani, kakak nani, and nani hantar pergi station bus. Sepatutnya bas 9.30 malam tapi 9.30 bas baru sampai. So dalam pukul 10 baru gerak. So, goodbye Kedah. Esoknya sampai Johor at 9a.m. Kematu bontot duduk lama sangat haha. Then kak jah ambik, siap siap, then off to Legoland, JPO dsb. Nanti la update pasal Johor. Hehe. Meanwhile, lagi 8 orang went to Hani's place in Sungai Petani. Sorry Hani tak dapat join. Lepas 2 hari dekat JB barulah balik Terengganu. Bermulalah sesi mendebab.





Langkawi Cable Car







BBQ and Sawah at Nani's

Okayy itu je setakat ni untuk entry bercuti besama rakan rakan. InsyaAllah ada masa pergi lagi hihihi. <3

posted from Bloggeroid

#1 SweetEscape : Vacayyyyy (Part 1)

Salam

Okay this post sebenarnya agak lambat. Cerita lama dah ni tapi takpe nak cerita jugak.

Okayy so hari tu last paper was on 18th of January. Kitorang dah plan reallyyyy early about our short vacation. Mula mula plan asalnya nak ambik firefly on the 21st since mula mula jadual keluar last paper on 21st. Lepastu jadual tukar so paper diawalkan. Since Nana sorang je yang dah terbeli tiket untuk dia, kitorg re-plan and decide to take train ke Alor Setar and off to Langkawi by ferry.

So, the journey started on the 20th petang where the eight of us (tolak Nana since dia naik flight esoknya) gerak from Kristal Heights ke KTM Padang Jawa. Nana and Faiz jadi pak supir. Kudos Faiz Zaini tolong hantarkan. So terus daripada Padang Jawa ke KL Sentral. Train berlepas jam 21.30. Tapi pukul 6 ptg kitorg dah terpacak kat Sentral. So, lepak lepak macam indon tepi jalan sampai tunggu calltime. Pukul 9.15, diorg dah called untuk Senandung Langkawi (tak silap). ETA at Alor Setar was at 4-5 in the morning. Well, iyak iyak lepak dekat cafe train. Jumpa senior Part 8, pukul 1 kot baru tidur. Hehe.

We arrived around 6 something. Tak ingat exact time. So, ayahanda Nani ambik kitorg daripada station tu and hantar ke jetty. Separuh lagi naik teksi. So kitorg punya ferry lepas tu around 10 kalau tak silap la. And sampai Langkawi at 12 noon. Sepanjang dekat sana, we rented an Innova for the 9 of us. Agak melampau jugak la kan tapi since bebudak ni takdelah besar besar sgt, so ok sahaja. Can't recall how much per day tapi tak silap around 60-70 kot. Pick up kereta dekat jetty tu je. So, daripada jetty kitorang terus shoot Galeria Perdana. Last time datang was 9 years ago which is masa lepas UPSR. Haha. Tempat ni best cuma boring sket sebab takde orang and tempat dia besar sgt hmmm.

Okayy so, balik daripada galeria perdana, kitorang ke tempat cable car. Hajatnya nak beli tiket untuk naik esoknya, tapi tak boleh beli tiket awal so menonong je balik. Bila dah banyak masa sgt lagi, kitorang pergi check in hotel dulu. We stayed at Mali Perdana Resort. A nice budget resort and sesuai la untuk kitorang. Kitorang dapat bilik sebelah sebelah and ada connecting door. Memang bising habis la jawabnya haha. Can't recall jugak berapa per night. Suha yang cari. Aku pegang duit je. Haha. Refreshkan badan sat, then continue the day. We went to Beras Terbakar. Kononnya nak pre-shopping la. Tapi bosan je tempat ni tak banyak barang sgt. So tak shopping mana lah.

After Beras Terbakar, terus ke Airport untk ambik Nana then off to Awana Porto Malai. Nak tengol sunset katanya. Sekali matahari terlindung. Apa pun tak nampak. Haha. So balik la hotel balik. Siap siap for seafood dinner, then pergi makan Restoran apatah nama dia. (teruknya memory!) . Sangat murah dan sedap okayy!! Melaram betul malam tu. Syarat dia, semua kena pakai skirt or dress. Konfem la kan aku pinjam orang punya skirt. Haha. After makan, balik bilik. Rest. Ready for one long day esoknya.

To be continue.....




Upon arrival at the Train station


Yes saya pak supirnyaaa.






Awana Porto Malai


Makan seafood!!!
posted from Bloggeroid

Habuk dah ni!

Salam.

Fuh berkurun tak update. Haha. Well. Been busy mengepam badan since cuti sem sebulan setengah. Dah lama betul tak dapat cuti sebeginiiii.

Well. Dalam masa cuti ni, Kak Athi dah selamat lahirkan baby comel Imani Hafiyya binti Abdul Halim anddd Kak Ezri pun dah selamat melahirkan baby comeylotte Nur Wafiatul Zarifa binti Abdul Muhaimin. Cuma baby Zarifa ada masalah sekarang ni.

Praying for the best for little Zarifa, InsyaAllah.

Kbai

P.s : i don't have good writing skills. Hmmmmmm.

posted from Bloggeroid

October 31, 2012

Brahim - Jadilah Awang

Salam
A nice, sad poem from Kuala Berang.

Background music : Ayah dan Ibu by Sudirman


Jadilah Awang,
Siang ke ayoh,
Jadilah isap dadoh.
Baliklah Awang tulong ayoh wat khije bbaruh.
Peyingat leboh tebuan janji doh
Mung dia ni dok ketik.
Kubao bbaruh ajok mung kubang,
Kambing ayoh ajok mung khabat bukit,
Ayang lagok ajok mung main galoh panjang. 

Baliklah Awang,
Ayoh nok ajor mung semayang berimang,
Dok pasal juge mung bilang bulang bitang.

Awang,
Mung kang laki,
Bakpe dok panda pilih heroing,
Tera dulu makan peta,dok payoh makang ganja.
Tinggallah daun ketung, tera pulok makang ma'jong.

Awang, belajo makang bubur lambok,
Mane tau buleh ganti ubak batuk.
Tinggallah dadoh hei Awang,
Pagi ikut ayoh gi noreh getoh,
Tinggallah syabu ecstacy,
Balik krumoh mok rebuh tongkat Ali.

Awang,
Dulu mung gemuk setuku,
Le ning kuruh ceding, lawo kucing. 

Jadilah Awang,
Ayoh ingat lagi jamang budok mung panda cabut ubi,
Ayoh rindu nok tengok mung pikul padi uboh dalam kembong.
Ayoh suke tengok mung dok dangao tarik layuk hambat burung,
Mata kheling anok Klesom.

Jamang mung kecik
Ayoh warning tikuh jangan berambat, takut mung kejut.
Ayoh sms ke katok suruh panggil ujang,
Nok suruhnye mung tido panjang.

Bila mung beso mung jadi hanyut.
Pademu makan bende busuk,
Baik mung makan rumput.
Sedap mate tengok mung gemuk. 

Jadilah Awang,
Baliklah ayoh nok suruh mung jadi orang.
Ayoh piak, ayoh debok, bukan benci ke mung.
Mok baloh nge ayoh mmalang,
Mok lari kelek kusang,
Mung tetap mok mmenang.

Kalu tin Milo ayoh tu mahal,
Ayoh nok gada
Nok cari petue dadoh ganja,
Nok suruh mung tinggal.

Awang,
Kita bukang orang kaye.
Ayoh noreh getoh, mok mung jual gambir.
Kalu mung beghenti isap dadoh,
Kulit mung lembut macang kulit ayoh.
Tinggallah dadoh tu Awang.
Baliklah mok nok ajor mung semayang. 

hasil ilham:
Brahim - Kuala Berang
Jadilah Awang - Sajak Kuala Berang...





*Tak faham sila bagitahu. :)