Followers

February 20, 2013

#2 SweetEscape : Vacayyyyy (Part 2)

Salam.

Okayy Day Two

Mereka memulakan hari dengan melihat sunrise. Since dah namanya Memang tak gi lah kan sunrise tu. Haha. So, lepas diorang tengok sunrise and few yang mandi air laut, we went to Island Hopping. No pictures time ni since tak bawak barang pun. Gambar ada pun dalam phone Suha since dia bawak phone. For this Island Hopping, kitorang dibawa ke 3 Pulau. Pulau Dayang Bunting, Pulau Harimau (lupa nama) dengan Pulau Beras Basah. Tak ingat berapa ringgit per person. Maybe 25 kot. Nanti Suha konfemkan. Pakej ni boleh ambik kat hotel tu terus. Senang. So ada orang dia yang ambik kita dekat hotel, bawak ke jetty. First stop was Pulau Dayang Bunting. Banyak betul monyet huhs. Naik tangga turun tangga barulah sampai ke Tasik dia. We were allowed to swim but lifejacket was not provided. Kalau nak kena sewa 5 ringgit satu. Since kitorang memang tak bawak terus duit, kami pinjam 10 ringgit daripada senior Part 8 tu yang kebetulan ada kat situ jugak. So berenang lah kami. Ada satu tragedi berlaku tapi Alhamdulillah selamat semua. Lepas pulau tu, kitorg pergi bagi makan burung helang. Well technically, abang boat yang bagi haha. After that, we went to Pulau Beras Basah. Kat situ dia mcm pantai so can swimming. Seronok! Around 12-1 kitorang dah sampai hotel balik.

Since ada 9 orang and dua toilet and we need to get ready in an hour andddd semua pun nak basuh rambut, memang cabaran terhebat. Kena susun strategi bebetul sapa mandi dulu sapa mandi kemudian. And we manage to finish the task on time! Fuh fuh. Lepas bersihkan diri, we went to Cable Car. okay this was my first time. Lepas beli ticket, mendakilah kami ke puncak cable car. Since jambatan tu tutup, kitorang macam agak bosan la kat atas. Time given for this activity was 3 hours. Tapi sejam setengah je kitorg kat situ, dah nak balik. Udara nyaman, sejuk sejuk ayam, hijau biru je nampakkk. So, lepas turun tu, kitorg plannya nak makan tomyam Wan Thai. Malangnya Wan Thai under pembaikpulih. So, kitorang pun pergi la beli beli cekelat area Wan Thai tu. We decided nak dinner area hotel je. So, makan dekat restoran apatahnama dekat dengan hotel kitorang. Bumped again into senior Part 8 ni. After makan, plannya nak jalan jalan sekitar hotel, tapi tetiba aku dengan Nana ternampak satu spa yang cambest. Nana try tanya, and dia ada pakej untuk full body Scrub, Mask and mandi bunga just for RM 100. Furusato Spa namanya. Very nice very lovely. Suka sangat! My first spa experience. Hehehe. Okayy later on balik hotel tidur.

The next day, our last day kat sana. So, kitorang packed up, checked out, then shoot ke Air Terjun. Ika, Suha dengan Hani je yang mandi. The rest berkelah makan nasi lemak tepi air terjun. Fuh best! Lepas habis terus ke Jetty untuk balik Kedah balik. Our journey tak habis lagi. Sambung ke rumah Nani dekat Alor Setar. Met up with her lovely, happy, kind family. Kitorang excited jakun jakun pergi sawah padi just behind Nani's house. Then, aku ambik chance untuk ambik ukuran baju nak order dengan kakak nani hehehehe. Later at night we had bbq. Sorry rakan rakan aku tak tolong membakar pun. Sebabnya malam tu i had to go to Johor untuk bercuti dengan Kak Jah pulak. Kemas kemas barang siap siap, makan, then ayah nani, kakak nani, and nani hantar pergi station bus. Sepatutnya bas 9.30 malam tapi 9.30 bas baru sampai. So dalam pukul 10 baru gerak. So, goodbye Kedah. Esoknya sampai Johor at 9a.m. Kematu bontot duduk lama sangat haha. Then kak jah ambik, siap siap, then off to Legoland, JPO dsb. Nanti la update pasal Johor. Hehe. Meanwhile, lagi 8 orang went to Hani's place in Sungai Petani. Sorry Hani tak dapat join. Lepas 2 hari dekat JB barulah balik Terengganu. Bermulalah sesi mendebab.





Langkawi Cable Car







BBQ and Sawah at Nani's

Okayy itu je setakat ni untuk entry bercuti besama rakan rakan. InsyaAllah ada masa pergi lagi hihihi. <3

posted from Bloggeroid

2 comments:

  1. hai...saja nak komen entry mu...sbb atleast aku takyah buat account lain untuk komen blog mu.hahah

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete